Bjarni Benediktsson (lahir 1908)
Bjarni Benediktsson (lahir 1908)

Bjarni Benediktsson (lahir 1908)

Bjarni Benediktsson (30 April 1908 – 10 Julai 1970) merupakan Perdana Menteri Iceland dari 14 November 1963 sehingga 10 Julai 1970. Bapa beliau, Benedikt Sveinsson merupakan ketua gerakan kemerdekaan Iceland dan ahli Althing dari tahun 1908 sehingga 1931.Bjarni belajar dalam undang-undang dan menjadi profesor di Universiti Iceland ketika berusia 24 tahun.Pada tahun 1947, beliau menjadi Menteri Luar dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam kabinet sehingga 1956. Bjarni bertanggungjawab memasukkan Iceland dalam NATO pada tahun 1949, menentang pembangkang yang besar, dan memberikan Tentera Udara Amerika Syarikat sebuah pajakan di Lapangan Terbang Keflavík dekat Reykjavík, yang merupakan kepentingan strategik utama semasa Perang Dingin.[1]Bjarni merupakan bapa kepada Björn Bjarnason dan Valgerður Bjarnadóttir, juga bapa mentua kepada Vilmundur Gylfason. Selain itu, Bjarniwas juga merupakan moyang saudara kepada Perdana Menteri Iceland, Bjarni Benediktsson.